Majlis Penghargaan Staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (UTM KL) bagi tahun 2019 telah diadakan di Regency Hotel, UTM KL dari jam 2.45 petang hingga 4.15 petang pada 6 Disember 2019. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi Perpustakaan UTM iaitu Pn. Noraziah Sharuddin, Ketua Pustakawan, Pn. Zaleha Atan, Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhidmatan) dan Puan Nor Asikin Mohamad Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan dan Pembangunan).

Matlamat utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan jasa dan bakti semua staf yang telah bersama – sama membantu memberikan sumbangan tidak kira dari segi tenaga, masa dan kepakaran demi  kelangsungan penyampaian perkhidmatan  Perpustakaan UTM KL. Sebanyak 8 kategori anugerah telah di pertandingkan, dan 10 orang staf telah dipilih. Berikut adalah senarai pemenang:

 

1. Anugerah Staf Berdedikasi :
Sharifah Radhiah Binti Syed Azman
Sofianie Tendot Binti Salleh
Nor Iman Bin Ibrahim

2. Anugerah Kreatif dan Inovasi :
Ahmad Khairu Mahfuz Mamat

3. Anugerah Mesra Komuniti :
Nurrull Huda Binti Abdul Wahid

4. Anugerah Sukan :
Nur Nadia Binti Anuar


5. Anugerah Kehadiran Cemerlang :
Riza Aizat Bin Adib

6. Anugerah Staf Kaunter Cemerlang :
Norzilah Binti Abd Aziz

7. Anugerah Bakat :
Noor Ayesha Binti Mohd Ezanee

8. Anugerah Staf Inspirasi :
Hasimah Bte Marzuki

Majlis Penghargaan staf telah menampilkan En. Mohd Azalan dan Pn. Norzilah sebagai pengacara majlis. Manakala En. Mohammad Fikri selaku wakil staf membuat persembahan istimewa iaitu mendeklamasi sajak yang bertajuk ‘Muzakarah’ nukilan Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang.

Syabas kepada semua pemenang kategori dan semoga kekal cemerlang selain dapat memberi inspirasi kepada yang lain. Tahniah!

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Binti Abdul Shukor.

Share this :