Perkongsian K-sharing yang disampaikan oleh En. Mohamad Alif Bin Mohamad Desa dengan tajuk ‘Jom Memancing’ telah diadakan pada 11 Disember 2019 (Rabu) di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Kuala Lumpur. Di awal perkongsian ini, En. Mohamad Alif telah menerangkan keperluan yang perlu disediakan bagi aktiviti memancing adalah kekili dan joran yang bersesuaian, peralatan terminal seperti perambut dan mata, umpan dan juga jaket keselamatan.

Selain itu, beliau turut berkongsi enam (6) teknik memancing yang perlu diketahui seperti teknik casting (teknik mengilat), popping, jogging, bottom fishing, drifting dan trolling. Teknik-teknik ini perlu diketahui dan dipelajari terlebih dahulu oleh pemancing untuk disesuaikan dengan lokasi, jenis ikan dan waktu memancing bagi menjamin hasil yang lumayan.

Menerusi pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalankan aktiviti memancing, beliau mendapati secara tidak langsung aktiviti ini dapat menambah kenalan baru yang ditemui daripada pelbagai latar belakang dan saling bertukar pendapat mengenai selok belok memancing. Selain daripada itu ianya turut menjimatkan perbelanjaan barang basah apabila sumber ikan dapat dipancing sendiri dan adakalanya memancing mampu menjana pendapatan tambahan pemancing. Di akhir perkongsian, beliau menyarankan agar mencuba untuk memancing bagi merasai sendiri keseronokannya kerana ia mampu melupakan sejenak masalah yang dihadapi.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain bt Abdul Shukor.

 

Share this :