Sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa, Muzium Pendidikan Negara (MPN) dengan kerjasama Jawatankuasa Muzium dan Galeri Universiti di Malaysia (MYMuse) telah menganjurkan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Muzium dan Galeri Universiti Awam pada 18 – 19 Novenber 2017. Program ini telah berlangsung di Muzium Pendidikan Negara UPSI selaku tuan rumah buat program yang julung kali diadakan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Slim, Datuk Mohd Khusairi telah merasmikan majlis ini di Dewan SITC dan berharap agar ,UPSI dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Muzium Negara untuk menjadikan muzium lebih berinteraktif.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Datuk Dr. Noraini Idris berkata, peranan muzium serta galeri telah berkembang dengan pesat dan setaraf dengan kepentingan perpustakaan Universiti Awam di dalam Negara.

“Dengan adanya pameran dan program menarik yang dianjurkan oleh muzium serta galeri di Universiti Awam, budaya membaca dapat dipupuk sekali gus segala maklumat penting berkaitan universiti disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik,”

Sebanyak 16 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai sambutan yang diadakan antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Malaysia.

Sambutan bertemakan ‘Muzium dan Pertikaian Sejarah – Mengungkapkan Yang Tersirat’ ini diadakan bagi mempromosi peranan muzium di IPTA sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal kepada masyarakat.

UTM di wakili oleh dua orang staf dari Bahagian Galerium yang diamanahkan untuk memperkenalkan Galerium UTM dengan membuka booth pameran di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.

Staf Bahagian Galerium UTM Bergambar Bersama Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, Pn Safna Asaruddin

 

YB Datuk Mohd Khusairi, ADUN Kawasan Slim ketika melawat ke tapak pameran Galerium UTM

 

Share this :