Sesi Read & Relax Siri 3/2020 telah berlangsung pada 20 Februari 2020 (Khamis) jam 11.00 pagi bertempat di Ruang Read & Relax, Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru. Sesi kali ini menampilkan dua orang pengulas iaitu Puan Raihan Binti Abd Karim, Pegawai Integriti daripada Pejabat Penasihat Undang-undang. Manakala yang kedua adalah Encik Qamaruzaman Bin Mohd. Noor, Arkitek Landskap daripada Jabatan Harta Bina.

Puan Raihan Binti Abd Karim, Pegawai Integriti daripada Pejabat Penasihat Undang-undang mengulas buku bertajuk Real-Life Stories as Told by Inspiring Women

Puan Raihan Binti Abd Karim berkongsi cerita tentang Real-Life Stories as Told by Inspiring Women. Naskhah menarik yang mengetengahkan kisah hidup wanita hebat di Malaysia yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua. Antara kisah yang dikongsikan adalah penagalaman hidup model terkenal Amber Chia dan aktivis kanak-kanak Dr Hartini Zainuddin. Secara umumnya buku ini mengupas pengalaman hidup wanita hebat yang berdepan dengan dugaan hebat seperti penghidap Alzheimer, kanser payudara, penderaan domestik di dalam rumah tangga dan juga kejayaan di dalam kerjaya yang diceburi. Pengulas merasakan buku ini sangat membantu beliau  di dalam meningkatkan motivasi diri terutamanya sebagai seorang wanita yang berkerjaya. Buku ini juga turut berkongsi tips kepada wanita jika berhadapan dengan masalah yang sukar. Pengulas sangat terkesan dengan satu kisah di mana seorang ibu tunggal telah diperdaya dan dianiaya oleh kenalannya sendiri. Ibu tunggal tersebut telah dipenjara selama 9 tahun kerana telah dituduh bersubahat dengan aktiviti pengedaran dadah. Beliau juga turut berkongsi maklumat berkaitan agensi bantuan yang boleh memberikan khidmat perundangan kepada orang ramai.

Encik Qamaruzaman Bin Mohd. Noor, Arkitek Landskap, Jabatan Harta Bina mengulas buku bertajuk Jom Melabur Secara Santai.

Pengulas yang kedua iaitu Encik Qamaruzaman Bin Mohd. Noor telah berkongsi tentang buku Jom Melabur Secara Santai. Buku ini khusus untuk mereka yang ingin mempelajari teknik asas pelaburan. Teknik ini telah diaplikasikan oleh ramai pelabur yang bergelar jutawan seperti Warren Buffet Peter Lynch dan Benajmin Graham. Melalui buku ini para pelabur dapat membezakan saham yang patuh atau sebaliknya, Pengulas juga berkongsi pengalaman dan kemahiran beliau di dalam menganalisis pasaran saham, malah aktiviti ini mampu menjana pendatan sampingan yang lumayan kepada beliau. Ianya dirasakan mudah dan boleh dilakukan hanya melalui telefon pintar. Selain itu buku ini juga menyentuh tentang aspek pelaburan patuh syariah, proses pelaburan saham yang berkesan dan di percayai, jenis-jenis pelaburan yang ada di Malaysia, dan pemilihan jangka masa pelaburan saham.

Artikel disediakan oleh Pn Norashikin Johari

 

 

Share this :