Pelaksanaan aktiviti gotong-royong 5S Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah dijalankan pada 9 Ogos 2018 yang lepas. Secara amnya, aktiviti melibatkan antara lain pembersihan ruang kerja, ruang belajar dan ruang lestari di PRZS. Manakala secara khususnya, aktiviti meliputi proses membersihkan habuk dan sawang, menyapu lantai serta mengelap perabot, perkakasan, tingkap, dan pintu di setiap aras dan bilik.

Pembersihan kawasan belakang bangunan juga telah dilakukan dengan menggunakan  jet air bagi memastikan kesan yang efektif. Aktiviti gotong-royong yang melibatkan hampir semua staf PRZS ini juga merangkumi pembersihan di laluan berbumbung pejalan kaki, laluan ke tempat letak kereta, dan halaman PRZS.

Pelaksanaan aktiviti gotong-royong 5S yang sering diadakan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana Perpustakaan yang sihat, bersih, selesa, selamat, dan kondusif.

 

Share this :