Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) telah menerima kunjungan daripada seramai sembilan orang peserta Program Summer Camp, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan pada 27 Ogos 2018 yang lepas. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau koleksi, perkhidmatan, dan fasiliti yang disediakan kepada pengguna PRZS.

PRZS menyediakan pelbagai koleksi sama ada untuk rujukan atau peminjaman. Ianya merangkumi Koleksi Khas UTM, Koleksi Canselor, Koleksi Tesis UTM, Koleksi Akses Terbuka serta Koleksi Khazanah Intelektual Johor.

Lawatan berpandu ini telah diketuai oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan, dan Sirkulasi. Pelawat juga telah dibawa melihat fasiliti yang terdapat di PRZS seperti penggunaan Mesin Peminjaman Layan Diri dan Mesin Penyusun Buku.

 

Share this :