Pada 30 Jun 2020, Perpustakaan menganjurkan program gotong-royong bagi bilangan tiga (3) tahun 2020. Satu taklimat ringkas telah diberikan pada jam 9.00 pagi oleh Saudara Mohamad Alif Bin Mohamad Desa mengenai gerak kerja gotong royong yang melibatkan semua staf perpustakaan. Beberapa kumpulan gotong royong telah dibentuk bagi membolehkan staf berkerjasama dan berbincang untuk menjalankan tugasan yang diberikan. Ibarat pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Gerak kerja program gotong royong kali ini memfokuskan kepada ruang dalam perpustakaan dan juga Taman Lestari di bahagian luar bangunan perpustakaan dengan menitik beratkan aspek kebersihan, susun atur semula dan projek melupus barang yang tidak dikehendaki. Setiap kumpulan telah diagihkan peralatan untuk bergotong royong yang lengkap dan bersesuaian bagi menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang bagi memastikan perpustakaan kekal bersih, kemas dan sekali gus pengunjung berasa selesa ketika belajar di perpustakaan. Selain mengeratkan ikatan ukhuwah yang terjalin antara staf  menerusi program ini dengan sama-sama menggembleng tenaga mencapai matlamat program.

 

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

 

 

 

Share this :