Read & Relax versi online bagi siri kedua telah dijayakan pada 2 April 2020 (Khamis) dengan menampilkan En. Dzulhelmi Mohd. Razali, Penolong Pendaftar Kanan. Bagi sesi kali ini pengulas berkongsi tentang sebuah buku berasaskan kewangan yang bertajuk Forensik Kewangan hasil karya Zaidi Ismail.

En. Dzulhelmi Mohd. Razali mengulas sebuah buku bertajuk Forensik Kewangan

Pada 2019, penulis telah mengadakan program di UTM dan bermula dari itu pengulas cuba mendapatkan buku ini. Di dalam buku ini telah dinyatakan dengan jelas tentang dua perkara yang berkaitan dengan kewangan. Iaitu yang pertama melupuskan hutang dan kedua meningkatkan aliran tunai seterusnya dapat mengumpulkan harta.

Pengulas juga telah berkongsi serba sedikit pengiraan tentang strategi aliran tunai supaya kekal positif. Pengulas turut mengaitkan pengurusan kewangan ini dengan situasi semasa yang sedang dihadapi pada ketika ini. Pemberian moratorium oleh pihak bank pada tempoh PKP ini perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam merancang semula pengurusan kewangan.

Berdasarkan teknik-teknik tertentu dalam menyusun semula pengurusan kewangan yang ditulis oleh penulis memberikan panduan yang lebih jelas kepada mereka yang sedang mencari ilmu tentang kewangan. Buku ini memaparkan pengalaman penulis sendiri setelah beliau bersara dari pekerjaan makan gaji seawal usia 32 tahun. Beliau kini aktif dalam perniagaan berkaitan hartanah (menguruskan lebih dari 64 buah hartanah dengan lebih 370 penyewa), media baru dan pendidikan kewangan. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau dalam bidang perniagaan, pemasaran, pelaburan dan kewangan melalui sesi ‘coaching 1-on-1’ dan ‘analisa kewangan’ beliau..

 

Share this :