Pada 26 Julai 2020 yang lepas, Jabatan Perpustakaan telah mengadakan program gotong-royong pembersihan di Aras 2, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah kerana sebahagian ruang di aras berkenaan dinaiki air akibat saluran paip fire fighting bocor yang juga mengakibatkan ketiadaan bekalan elektrik.

Oleh yang demikian, Jabatan Perpustakaan mengambil inisiatif untuk membersihkan ruang yang terjejas dengan di bantu oleh semua staf di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Antara ruang-ruang yang telah dikenalpasti untuk dibersihkan adalah di ruang rak buku dan kawasan belajar pengguna, bilik belajar 24 Jam, dan ruang pejabat Seksyen Multimedia. Di samping itu juga, pihak Jabatan Harta Bina turut menyalurkan bantuan menerusi pasukan bantuan pembersihan banjir yang melibatkan 30 orang dalam kalangan staf pembersihan.

Perkhidmatan perpustakaan pada hari berkenaan adalah ditutup kepada pengguna demi menjaga keselamatan dan memastikan tiada arus elektrik mengalir di ruang berkenaan. Ini adalah kerana air yang bertakung di aras 2 telah mengalir ke bilik elektrik di aras 1, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada staf Jabatan Perpustakaan dan staf Jabatan Harta Bina yang telah memberikan bantuan dan kerjasama sepenuhnya menangani masalah banjir tersebut. Jabatan Perpustakaan UTM amat komited bagi memastikan perkhidmatan yang di berikan kepada pengguna di tahap yang tertinggi di samping menitik berat aspek keselamatan fasiliti bangunan.

  

 

 

 

 

Share this :