Aktiviti senamrobik dan plogging di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) telah diadakan pada 16 Ogos 2018 dengan penglibatan hampir semua staf PRZS. Ianya dianjurkan bagi memupuk gaya hidup sihat di kalangan staf di samping menyemai semangat cintakan alam sekitar. Aktiviti tersebut juga dilihat sebagai satu inisiatif untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan staf dan membina semangat bantu-membantu dalam menjayakan sesuatu program.

Aktiviti senamrobik telah diketuai oleh  staf PRZS sendiri dan berlangsung selama satu jam. Manakala aktiviti plogging yang secara amnya adalah aktiviti berlari sambil memungut sampah di sepanjang trek larian dilakukan di sekitar bangunan PRZS. Sebanyak empat kilogram sampah-sarap telah berjaya dikutip dan dikumpul hasil daripada usaha dan inisiatif yang berfaedah ini.

Penganjuran aktiviti seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Kempen kesedaran dalam kalangan staf dan pengguna PRZS juga akan diadakan bagi mengingatkan mereka tentang peri pentingnya menjaga kebersihan dan persekitaran kampus.

Share this :