Document Management System (DMS) adalah sistem yang menempatkan lebih daripada  130,000 koleksi digital dengan teks penuh Perpustakaan UTM bermula dari tahun 2013 dan boleh dicapai melalui laman sesawang http://dms.library.utm.my/. Sistem ini memperkukuh perkhidmatan Perpustakaan UTM di dalam menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Ia memantapkan lagi pengurusan koleksi digital perpustakaan dan kemudahcapaian kepada kandungan digital bagi rujukan pengguna. Pelajar/staf UTM hanya perlu login menggunakan akaun UTMID untuk akses kepada teks penuh bahan.

Koleksi bahan digital yang boleh diakses adalah seperti berikut;

• Tesis pasca ijazah (Master dan PhD) : UTM & bukan UTM
• Kertas projek sarjana muda (Gred A dan ke atas)
• Kertas soalan peperiksaan UTM
• Keratan akhbar terpilih mengenai UTM (BH, UM, NST, Sinar Harian)
• Laporan/monograf penyelidikan (terbitan RMC)
• Buku
• Bab dalam Buku
• Artikel jurnal (Indexed paper & Non-indexed paper)
• Kertas seminar/prosiding
• Fotograf UTM atau yang berkaitan dengannya
• Multimedia/Realia

Manakala, sistem UTM Institutional Repository (UTM-IR) menempatkan lebih daripada  50,000 koleksi intelektual dan hasil kajian warga UTM. Ianya berfungsi sebagai pusat sehenti dalam mengumpul, memelihara dan mematuhi konsep akses untuk koleksi bahan-bahan ilmiah hasil penyelidikan ilmuan UTM.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan universiti pertama di Malaysia yang mempelopori inisiatif akses terbuka (Open Access Initiative – OAI). Transparent ranking yang diperoleh dari https://repositories.webometrics.info/ menunjukkan jumlah rekod UTM-IR yang diindeks sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 9,600 rekod.

Laman sesawang http://eprints.utm.my dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu Dasar Akses Terbuka UTM sebagai URL manakala perisian Open Access EPrints sebagai platform dalam pelaksanaan sistem ini.

Koleksi bahan digital yang boleh diakses melalui sistem UTM-IR adalah seperti berikut :

• Tesis UTM (Master & PhD) – kandungan sehingga bab 1 : pengenalan & rujukan
• Artikel jurnal
• Kertas seminar / prosiding
• Bab dalam buku
• Buku
• Laporan penyelidikan
• Monograf

Share this :