Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (KL) amat berbesar hati kerana sekali lagi telah menerima sumbangan buku daripada koleksi peribadi  Pro Canselor UTM, YBhg. Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor  sebanyak 500 judul bahan. Semua bahan sumbangan ini akan diabadikan sebagai koleksi Perpustakaan UTM yang akan ditempatkan di Bilik ASPIRASI Perpustakaan UTM Johor Bahru.

Seramai lima (5) orang staf Perpustakaan UTMKL  telah diberi tanggungjawab untuk mengambil bahan hadiah di kediaman beliau pada 23 Februari 2021 dan seterusnya akan melalui beberapa proses sebelum diakses sepenuhnya oleh pengguna perpustakaan.  Diharapkan agar semua buku dapat dimanfaat oleh pengguna dalam menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UTM. Seterusnya inisiatif ini juga dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat dan komuniti UTM untuk terus menyumbang buku bagi menyubur budaya membaca dan cintakan ilmu.

 

Share this :