Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Mencipta Nama Baharu Sistem Katalog Atas Talian (OPAC) Perpustakaan UTM 2020 telah diadakan pada 18 Mac 2021 di Perpustakaan UTM. Majlis dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan, Ketua Seksyen dan Jawatankuasa Pelaksana Pelancaran Sistem Pengurusan Perpustakaan Sumber Terbuka KOHA Perpustakaan UTM dan pemenang pertandingan iaitu saudari Kam Chui Fong. Beliau merupakan pelajar Tahun 2 dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains dengan nama kreatif ciptaan beliau iaitu OCEAN (Online Catalogue for Easy Access to Information). Pemenang menerima hadiah wang tunai RM500.00 dan sijil daripada Jabatan Perpustakaan UTM.

Kam Chui Fong menerima hadiah wang tunai bernilai RM500.00 daripada Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM.

 

Kam Chui Fong dengan hadiah wang tunai serta sijil.

Tahniah!

Share this :