Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah menerima lawatan dari UTM Campus Sustainability (UTMCS) dan sukarelawan AIESEC-UTM pada 24 Julai 2018 yang lepas. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi meninjau usaha dan inisiatif yang melibatkan pelestarian di PRZS.

Lawatan berpandu tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan (PRZS) sendiri dan dibantu oleh Ketua Bahagian dan Pustakawan Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan, dan Sirkulasi. Pelawat telah dibawa melihat sekitar bangunan terutamanya kawasan laman PRZS yang menempatkan tanaman sayuran dan herba terpilih untuk tujuan kesihatan dan masakan. Tanaman ini juga dibuka untuk jualan kepada pengguna dan orang ramai.

Pelawat juga diberi penerangan mengenai struktur bangunan PRZS yang menerapkan “seni bina hijau” dan “reka bentuk berteraskan iklim”; iaitu dengan mengaplikasi dan memaksimumkan penggunaan pencahayaan semulajadi dan meminimumkan penggunaan cahaya buatan bagi penjimatan tenaga elektrik.

 

 

Share this :