Pembangunan Sistem Pelaporan ICT @ ICT Report System (IREPS) Bahagian Automasi, Perpustakaan UTM telah membangunkan Sistem Pelaporan ICT baru bagi menggantikan Sistem Aduan Masalah Aplikasi (SAMA). Sistem Aduan Masalah Aplikasi (SAMA) telah dibangunakan pada tahun 2002 oleh Jabatan Pembangunan Automasi, Perpustakaan UTM. Sistem ini terdiri daripada Sistem Aduan Masalah Aplikasi dan Sistem Inventori Peralatan Komputer. Melihat kepada perubahan teknologi dan keperluan terkini, Bahagian Automasi telah membangunkan satu sistem aduan baru iaitu Sistem Pelaporan ICT @ ICT Report Systems (IREPS) pada tahun 2017.

Sistem ini telah dibangunkan sepenuhnya oleh Pustakawan Sistem Aplikasi Perpustakaan, Bahagian Automasi iaitu En. Mohamad Fahiezan Md Zan menggunakan Perisian Sumber Terbuka (Open Source) iaitu WordPress. Sistem ini boleh dicapai di url: https://library.utm.my/ireps. Server dan storan bagi sistem ini ditempatkan di server HEK. Sistem ini lebih mesra pengguna dan mudah digunakan. Pembangunan sistem ini menggunakan sumber terbuka telah dapat menjimatkan kos pembangunan dan penyelenggaraan kerana ia dibangunkan menggunakan kepakaran IT Pustakawan sendiri. Sistem ini telah mula digunakan pada 8 Oktober 2018 selepas satu bengkel latihan penggunaan diberikan kepada semua Pustakawan dan Pembantu Pustakawan Kanan Unit Sirkulasi pada 4 Oktober 2018.

Share this :