Panel Jemputan berkongsi cerita mengenai kandungan buku pilihan dalam suasana santai di sudut Read and Relax, Aras 3, Perpustakaan UTM Johor Bahru (PUTM JB) yang diadakan pada 8 November 2018, Jam 2.30 petang sebagai bagi meraikan dan menyahut semangat #Malaysiamembaca.

Program ini diserikan dengan panel jemputan yang terlibat iaitu Pn Siti Nisrin M Anis, Pustakawan (PUTM JB) membicarakan buku – ‘Think and Make it Happen’ by Dr Augusto Cury,  Dr Naemah Hamzah, Pusat Islam UTM dengan bukunya ‘Superwoman’ by Mardiana Mat Ishak, Pn Khairulbahiyah Yaakub, Pustakawan (PUTM JB) mengupas buku bertajuk ‘The other side of the coin’ by Aiman Mazlan, Pn Syahranah A Raqi, (PUTM JB) membicarakan buku ‘I am Malala’ by Christina Lamb & Malala Youszafzai dan Pn Shahizan Othman, ICC UTM  berkongsi cerita buku ‘V for Veterinar’ compiles by Fitri A Bakar.

Share this :