Bagi meningkatkan kompetensi Pustakawan, satu bengkel berkaitan dengan Reference Software Manager iaitu perisian Mendeley telah diadakan pada Rabu, 20 Mac 2019, pada jam 9.00 pagi – 1.00 petang, bertempat di Makmal Pencarian Maklumat 1 dan 2, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ).

Dr Nur Hafizah selaku Fasilitator Bengkel Mendeley

Penceramah jemputan  ialah Dr Nur Hafizah Abdul Khalid dan fasilitator adalah Dr Azman Mohamed, di mana kedua-duanya adalah daripada Fakulti Kejuruteraan, Sekolah Kejuruteraan Awam, UTM. Kedua-dua pensyarah ini merupakan Certified Mendeley Trainer dan merupakan pakar rujuk bagi penggunaan Mendeley di UTM.

Pustakawan telah diberi bimbingan mengenai penggunaan Mendeley bermula daripada langkah awal untuk menyediakan akaun sehingga lah kepada cara-cara untuk mempraktiskan penggunaan Mendeley.

Diharap kursus seumpama ini akan dilaksanakan di masa-masa akan datang bagi memperkukuhkan kemahiran Pustakawan terutamanya dalam membantu pelajar untuk mengurus sumber-sumber maklumat pembelajaran dan penyelidikan mereka.

Disediakan oleh Pn Siti Nisrin Mohd Anis

Share this :