Perpustakaan UTM di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) telah menerima kunjungan dari Universitas Bung Hatta pada 30 Jun 2019 (Ahad) yang lepas. Seramai 35 orang pelawat dan seorang pengiring mengambil bahagian di dalam lawatan tersebut yang dikendalikan oleh Pn Siti Marlia Abd Rahim, Pembantu Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan dan Pn. Suraya Jaapa,  Pembantu Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan.

Peserta lawatan telah diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM kepada para penggunanya. Selain itu, para peserta juga diberi taklimat ringkas tentang pencarian bahan menggunakan sistem dan pencarian bahan di rak.

Para peserta juga dibawa ke Bahagian Galerium untuk meninjau serba sedikit tentang sejarah UTM. Sesi berakhir pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh Suraya binti Jaapa

Share this :