Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital & Literasi Media pada 10 Oktober yang lepas di Makmal Pencarian Maklumat Perpustakaan UTMKL. Bengkel ini menyasarkan golongan pelajar dan staf menggunakan sumber digital dalam pencarian bahan dan menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah.
Pendaftaran telah dibuka kepada seluruh warga UTM dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta. Seramai 22 peserta yang terdiri dari staf dan pelajar UTM bersama-sama menghadirkan diri ke bengkel ini. Tenaga pengajar dari Perpustakaan Negara Malaysia yang membantu untuk sesi kali ini ialah Puan Rosnita binti Ab. Ghani.
Di awal bengkel, peserta diperkenalkan dengan portal elektronik PNM digital. Setiap peserta dikehendaki mendaftar di portal tersebut dan seterusnya menikmati pelbagai kemudahan dan maklumat yang tersedia di dalamnya. Selain itu, ia juga membolehkan rakyat Malaysia menggunakan pangkalan data yang mengandungi pelbagai bahan elektronik yang boleh diakses di mana jua dan pada bila-bila masa.
Bengkel sehari ini juga menerangkan mengenai literasi maklumat dan media, U-Pustaka serta perkhidmatan dan pangkalan data yang ditawarkan oleh PNM Digital seperti Ebsco, E-Law, Overdrive, Emerald, Zinio, Lawnet, Alkem, PNM Elib, Ookbee buffet dan sebagainya untuk diakses secara percuma. Di akhir bengkel ini, para peserta mengakui bahawa bengkel ini memudahkan capaian maklumat dengan cepat dan mudah. Walaupun ianya diakses secara maya, namun pecarian bahan yang diperlukan lebih efisien dan bersistematik.
Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor