Bersempena dengan Program Research Open Day yang telah diadakan pada 23 – 24 September 2019 lalu, Unit Pengurusan Penerbitan Penyelidikan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan (BPMP) telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Klinik RADIS kepada semua pensyarah dan penyelidik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai 24 orang peserta telah hadir ke bengkel yang diadakan selama 2 jam ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Bengkel ini turut mensasarkan pensyarah dan penyelidik muda di UTM untuk memahami dengan lebih lanjut kaedah pendaftaran, semakan dan pengesahan penerbitan di sistem RADIS.

Bengkel yang disampaikan oleh pustakawan kanan BPMP iaitu Puan Syahranah A. Raqi dan dibantu oleh Puan Norsyuhada Shafie telah menfokuskan beberapa isu antaranya, semakan dan pengesahan penerbitan berindeks di Web of Science, Scopus & ERA ; kenalpasti penentuan Quartile & Impact Factor di WOS, kenalpasti penerbitan di Scopus & ERA, kenalpasti senarai penerbitan jurnal legit & Predatory Journal serta isu-isu terknikal berkaitan semakan dan pengesahan di RADIS.

Keseluruhannya, bengkel Klinik RADIS ini telah mencapai sasaran sewajarnya dalam menyampaikan maklumat-maklumat penerbitan di RADIS disamping mengetengahkan isu-isu berbangkit bagi penerbitan yang berindeks, tidak berindeks dan lain-lain.

Disediakan oleh Puan Norsyuhada Shafie

Share this :