Perpustakaan UTM menerima kunjungan istimewa daripada  empat (4) orang wakil Perpustakaan dan Pengurusan  Shizuoka Universiti, Jepun pada 23 September 2019. Mereka adalah merupakan peserta “2nd International Seminar on Management of Research 2019” anjuran Institute of Bioproduct Development, UTM.

Seperti biasa, peserta diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM. Pelawat juga berkesempatan untuk memeriahkan programan program Research Open Day yang kebetulan diadakan pada hari berkenaan. Mereka sangat teruja apabila dibawa mengunjungi tapak pameran Research Canvas, jualan buku,  jualan produk keluaran UTM dan pameran penerbit anatarabangsa.

Para pelawat juga dibawa untuk mengunjungi Galerium Perpustakaan UTM yang menempatkan pelbagai peralatan dan perkakasan yang digunakan sejak awal penubuhan UTM dan mempelajari serba sedikit tentang sejarah UTM. Sesi lawatan berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan penyampaian cenderahati daripada Shizuoka Universiti.

Disediakan oleh Puan Nor Aishah P. Mosar.

 

Share this :