Pada 21 Ogos 2019 (Rabu) yang lepas, Perpustakaan UTMKL telah menampilkan Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman bagi mengupas naskhah Anton Arif Ramdan yang bertajuk Rahasia Bisnis Yahudi. Program yang diadakan di Dewan Seminar Menara Razak UTM Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh alumni UTM dan juga usahawan kenalan Prof. Dr Mohd Hassan.
Sesi ini sarat dengan fakta menarik dimulakan dengan tayangan video sejarah Yahudi dan bagaimana Israel terbentuk. Antara faktor utama kejayaan orang Yahudi dalam perniagaan adalah wujudnya semangat ras yang tinggi, pintar dalam melobi peluang, bijak menguasai sistem perniagaan selain komoditi perniagaan, dan saling membantu antara satu sama lain. Semangat dan keyakinan terhadap bangsa sendiri itulah dorongan utama kejayaan empayar Yahudi. Modal paling besar dalam memulakan sesuatu perniagaan adalah terletak pada diri sendiri dan bukan hanya pada nilai wang semata.
Sesi menjadi lebih menarik apabila beberapa tetamu jemputan seperti En Shahrul Nizam Supian (Pemilik Digital Business), En Osman Zakaria (Water Desalination) turut berkongsi pengalaman dan cabaran sebagai usahawan yang boleh dijadikan panduan kepada semua yang hadir. Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman oleh Puan Nik Masriza Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan UTMKL).
Disediakan oleh Puan Sharifah Radhiah Syed Azman.