Sesi Read & Relax (R&R) Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) diteruskan lagi dengan disertai oleh dua (2) orang pengulas dari PRZS. Pengulas sesi R&R siri 17/ 2019  kali ini adalah En. Zainurin Taib dan Pn. Nurfarain Bt. Daud manakala moderator adalah Cik Nazrinda Abd. Samah.

En. En. Zainurin Taib mengulas buku bertajuk Impian Jutawan Budak Setinggan

Pengulas pertama iaitu En. Zainurin Taib mengulas sebuah buku bertajuk Impian Jutawan Budak Setinggan. Buku ini mengisahkan realiti kehidupan aktor Rosyam Nor yang berasal dari kampung kerinchi yang mana buku ini ditulis sendiri oleh beliau dan diterbitkan oleh Suhan Publication.

Bermula sebagai budak setinggan, dia kini menjadi seorang jutawan apabila berjaya dalam bidang lakonan serta menerbitkan pelbagai drama bermutu. Malah Rosyam juga tidak percaya bangunan RTM yang satu ketika dahulu pernah dimasuki secara curi-curi untuk menonton Hiburan Minggu Ini, telah berjaya dimasukinya secara sah sebagai artis dan pengacara.

Bermula sebagai pelakon tambahan dan crew di sebalik tabir, dengan usaha keras beliau akhirnya mampu bangkit dan berjaya hingga sekarang. Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan seorang role model untuk pelakon muda dan para pembaca yang sedang mencari inspirasi membina kerjaya, gaya hidup, berdisiplin dan cara menghadapi cabaran untuk berjaya. Beliau juga ada menyimpulkan bahawa untuk menjadi orang yang hebat perlu berada dekat dengan orang yang hebat.

 

Pn. Nurfarain Daud mengulas buku bertajuk Cerita Bangsa Gemuk

Seterusnya pengulas kedua iaitu Pn. Nurfarain Daud mengulas tentang buku bertajuk Cerita Bangsa Gemuk. Buku ini mengisahkan mengenai penulis sendiri sebagai kesukaran orang yang overweight. Penulis buku ini mendapat pendidikan di UKM dalam jurusan English Literature.

Dalam buku ini penulis mengulas definisi gemuk menurut pandangan masyarakat yang biasanya mengaitkan gemuk itu adalah disebabkan makanan berlebihan semata-mata walhal terjadinya gemuk ini ada pelbagai sebab antara bergantung pada metabolisma individu,jadual pemakanan tidak seimbang dan tekanan.

Buku ini turut menceritakan persepsi masyarakat sekeliling mengenai orang gemuk yang biasa dikaitkan dengan makan makanan terlalu banyak, baju yang sukar dibeli atau dicari di kedai kerana saiz terlalu besar. Turut disebut adalah ketakutan golongan gemuk untuk menggunakan kemudahan awam dan berdasarkan pengalaman penulis, menjadi orang gemuk tidak mudah dan sering mengundang persepsi masyarakat sekeliling.

Penulis ada menyatakan ‘jika tidak mampu untuk jadi kurus jadilah orang gemuk yang sihat. Selain itu juga kita tidak harus memandang rendah atau serong pada orang yang gemuk ini kerana kita tidak tahu apa punca masalah mereka dan jangan menilai orang dengan melihat luaran sahaja tetapi sikap dalaman itu jangan diambil mudah.

Disediakan oleh Encik Mohd Fikri Bin Ismail.

Share this :