K-Sharing pada 12 Jun 2019 menampilkan Puan Siti Nurshifa’ Binti Md Rodzi, Pembantu Pustakawan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur dengan tajuk “Kenali Personaliti Melalui Buah-buahan”

Perkongsian kali ini menyaksikan penyampai berkongsi mengenai personaliti seseorang boleh digambarkan melalui beberapa kategori buah-buahan iaitu limau-limauan, tropika, ladang, tembikai, beri, kekacang dan labu. Individu yang menggemari limau-limauan dikatakan gemar bersendiri dan sukar untuk menilai dari luaran. Manakala individu yang menggemari buah-buahan tropika seperti pisang, betik, jambu dan sebagainya memiliki cara hidup yang aktif dan mempunyai pendirian yang tetap.

Untuk individu yang menggemari buah-buahan ladang seperti pear dan epal, individu tersebut dikatakan seorang yang kuat dan mampu berdiri di atas kaki sendiri. Individu yang menggemari tembikai atau tembikan susu pula dikatakan seorang yang pemurah dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan. Bagi individu yang menggemari buahan beri, individu tersebut adalah seorang yang peramah dan suka menggembirakan hati orang lain. Individu yang menggemari kekacang pula dikatakan seorang yang degil namun tegas dalam sesuatu pendirian dan yang terakhir adalah individu yang menggemari buahan labu pula dikatakan seorang yang berpandangan jauh.

Perkongsian menarik dan bersahaja dari penyampai dilihat memberikan impak hiburan di kalangan pendengar sepanjang perkongsian berlangsung. Sikap teruja dan melakukan perbandingan sesama mereka mewujudkan suasana humor selain mampu menambah input pengetahuan di akhir perkongsian ini.

 

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain binti Abdul Shukor.

 

 

 

Share this :