Pada 15 Julai 2020 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Ruang New Books Display di Perpustakaan UTMKL, tajaan Persatuan Alumni UTM. Majlis berlangsung pada jam 4 petang di Aras 2 Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Ketibaan Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Ybhg. Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin dan tetamu kehormat yang lain disambut mesra oleh penyambut tetamu yang terdiri dari staf perpustakaan.

Pengacara majlis iaitu Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid memulakan majlis dengan memperkenalkan barisan tetamu kehormat yang hadir iaitu Y.Bhg. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus Bin Hussein (Presiden Persatuan Alumni UTM), Y.Bhg. Prof. Dr. Shamsul Bin Sahibuddin (Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur), Y.Brs. Puan Noraziah Binti Sharuddin (Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM), Y.Brs. Tn. Hj Mohd Najib Bin Masroom (Ketua Pentadbiran UTM Kuala Lumpur) dan Y.Brs. PM. Ts. Dr. Mohd Hisyam Bin Rasidi (Pengarah UTM Alumni).

Majlis diteruskan dengan ucapan kata aluan oleh Puan Noraziah Binti Sharuddin (Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM). Serentak dengan perasmian ini, kempen “Book Endowment : 1 Alumni. 1 Book’ juga turut dilancarkan bagi menyokong inisiatif kempen ini. Wakil alumni Cik Syakirah Binti Ismail telah  menyumbangkan sebanyak 12 buah buku kepada perpustakaan.

12 buah buku yang disumbangkan oleh Cik Syakirah Binti Ismail

Upacara kemuncak iaitu perasmian New Books Display diteruskan dengan menjemput YBHG. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus Bin Hussein, Presiden Persatuan Alumni UTM untuk menandatangi plak dan seterusnya merasmikan ruang New Book Display Perpustakaan UTM Kuala Lumpur tajaan Persatuan Alumni UTM.

New Books Display dirasmikan oleh YBHG. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus Bin Hussein

Sebelum mengakhiri majlis, YBRS. Puan Noraziah Binti Sharuddin telah menyampaikan cenderamata kepada YBHG. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus Bin Hussien. Sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan turut dilakukan sebagai tanda ikatan yang terjalin antara perpustakaan dan Alumni UTM. Seterusnya, tetamu dihidangkan dengan minum petang di Read Cafe dan bersurai setelah selesai semuanya.

 

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Bt Abdul Shukor.

 

 

Share this :