Sesi Read & Relax Online bersama Mahasiswa UTM telah diadakan pada 5 Mei 2020 bersempena dengan Hari Kokurikulum Mingguan UTM dan rakaman boleh ditonton di Facebook Perpustakaan UTM. Sesi ini menampilkan Nur Azmira Aleah Binti Nurhazli, Fakulti Sains – Biologi (Tulen), Tahun 1, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mengulas buku berjudul “The Da Vinci Code” karya Dan Brown. Buku ini adalah milik ibunya and mereka berkongsi minat dalam buku cerita bersifat crime mystery. Buku ini mengandungi banyak gambar dan membantu beliau memahami jalan cerita dengan lebih baik. Cerita dalam buku hanya fiksyen semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Buku ini amat terkenal dan telah diterjemahkan kepada 44 bahasa. Memandangkan beliau telah membacanya ketika berumur 11 tahun dan beliau yakin bahawa semua pembaca mampu membaca buku misteri sebegini.

Buku ini mengisahkan usaha Robert Langdon, Profesor Kaji Simbol Agama di Universiti Harvard, menyelesaikan masalah pembunuhan seorang curator terkenal di Muzium Louvre, Paris iaitu Jacques Saunière. Kematian Saunière menepati karya Da Vinci apabila mayatnya ditemui di Sayap Denon Louvre dan menunjukkan gaya Vitruvian Man iaitu satu daripada karya terkenal Leonardo da Vinci. Menurut karya tersebut, mesej rahsia tertulis di sebelah badannya dengan rajah Pentagram terlukis di atas perutnya dengan darahnya sendiri. Dalam merungkai misteri tersebut, watak perlu berfikir lebih untuk mengaitkan kejadian, pesanan dan rahsia yang mungkin tersembunyi secara sulit termasuk anagram dan nombor. Robert Langdon dalam usaha mencari jawapan terhalang apabila disyaki menjadi dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Pesanan yang ditinggalkan Saunière yang tertulis dengan pen di atas lantai mempunyai tambahan P.S. Find Robert Langdon. Di balik lukisan tersebut ialah kunci yang disorokkan Saunière yang tertulis di atasnya dengan pen kurator satu alamat. Kunci tersebut boleh membuka peti keselamatan di Bank Simpanan Zurich dengan nombor akaunnya ialah nombor Fibonacci yang disusun mengikut susunan yang betul.

Di Westminster Abbey, Langdon membuka kripteks kedua dan menanggalkan isinya sebelum memusnahkannya di hadapan Teabing. Teabing ditangkap dan merayu kepada Langdon agar memberitahu kandungannya dan lokasi rahsia Cawan tersebut. Biskop Aringarosa dan Silas mempercayai bahawa mereka menyelamatkan Gereja Katolik dan bukan memusnahkannya. Bezu Fache mendapati Neveu dan Langdon tidak bersalah hanya selepas menemui peralatan perisikan di kawasan rumah Teabing. Pesanan terakhir dalam batu kunci yang kedua tidak merujuk kepada gereja kecil Rosslyn Chapel. Walaupun keempat-empat pemimpin Priory of Sion dibunuh, rahsia mereka tetap tidak hilang di kalangan organisasi tersebut. Pada penghujung buku, Robert Langdon dan Sophie Neveu merancang pertemuan mereka di Florence, Itali.

 

Nur Azmira Alea bt Nurhazli mengulas buku bertajuk “The Da Vinci Code”

 

Share this :