Sesi Read & Relax Siri 15/2020 di Perpustakaan UTM Johor Bahru telah diadakan pada 17 September 2020 menggunakan aplikasi ZOOM dan ditonton secara lansung di Facebook Perpustakaan UTM. Sesi kali ini menampilkan dua (2) orang pengulas iaitu Puan Zarifah Zahirah binti Juanis, Pegawai Penerbitan, Penerbit UTM Press, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Puan Fasihah binti Mohd Jaslan, Pegawai Tadbir, UTM International, Jabatan Canseleri, UTM.

Puan Zarifah Zahirah binti Juanis mengulas buku bertajuk “Don’t Be Sad”.

Pengulas pertama, Puan Zarifah Zahirah Binti Juanis mengulas buku berjudul “Don’t Be Sad” oleh ‘Aaidh ibn Abdullah al-Qarni. Karya asal adalah di dalam Bahasa Arab yang bertajuk “La Tahzan”. Buku ini ditulis berdasarkan hadis, syair, dan pengalaman penulis sendiri. Buku ini mengisahkan pelbagai nasihat dan juga dorongan untuk kembali ke jalan yang lebih baik daripada sebelum ini. Buku ini banyak memberikan cara untuk seseorang mempositifkan diri masing-masing. Buku ini ditulis memfokus untuk muslim dan juga bukan muslim. Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami. Ini bagi memudah pembaca memahami isi kandungan yang disampaikan oleh pengarang. Terimalah pilihan Allah dengan gembira, sebab kamu tidak tahu hikmahnya.

Puan Fasihah binti Mohd Jaslan mengulas buku bertajuk Kompilasi Travelog 7 Benua.

Pengulas kedua iaitu Puan Fasihah binti Mohd Jaslan mengulas buku berjudul “Kompilasi Travelog 7 Benua” oleh Nordin Yahaya, Badrul Hisham, Ida Yunus dan lain-lain. Buku kompilasi ini dihasilkan daripada gabungan lapan (8) pengembara yang berbeza. Setiap penulis mempunyai latar belakang yang berbeza namun mempunyai minat yang sama iatu mengembara. Dengan gaya penulisan tersendiri setiap artikel yang disumbangkan mempunyai kekuatan jalan cerita dan pengalaman yang berbeza. Judul 7 benua hanyalah simbolik pengembaraan ke Amerika Syarikat, Peru, Mongolia, Maghribi, Vietnam, Pakistan, Rusia dan China. Sebenarnya, penggembaraan itu lebih daripada 60 buah negara dari 6 benua.

Antara kisah yang menarik adalah daripada Nordin Yahya yang telah mengembara ke Machu Picchu yang terletak di Peru. Tempat ini merupakan tempat bersejarah bekas tamadun Inca yang terletak atas pergunungan. Pengulas merasakan seperti mengembara bersama ketika membaca buku ini. Perkongsian pengalaman pengembaraan yang boleh dijadikan panduan untuk mengembara. Pengulas menceritakan bahawa ada antara pengembara yang sakit gigi semasa mengembara, dan terdapat juga yang kehilangan passport. Melalui perkongsian pengalaman ini, kita dapat bertindak mengatasi masalah tersebut jika kita mengalaminya semasa mengembara atau melancong terutamanya jika kehilangan passport. Gaya bahasa yang digunakan ialah santai. Bahasa yang digunakan sesuai untuk pelbagai bilangan masyarakat.

Share this :