Sesi Read & Relax Siri 10/2020 di Perpustakaan UTM Johor Bahru telah diadakan pada 18 Jun 2020 secara Webex dan ditonton secara lansung di facebook Perpustakaan UTM. Sesi kali ini menampilkan dua (2) orang pengulas iaitu Cik Nur Amirah Binti Mohd Rohani dan Puan Amalina Binti Ramli.

Pengulas pertama, Cik Nur Amirah Binti Mohd Rohani, Penolong Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) mengulas buku berjudul “Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa” oleh Wan Haslindawani Wan Mahmood. Buku ini mengandungi 7 bab berkaitan darah dan pendermaan darah. Bab 1: Pendermaan darah, berkaitan statistik pendermaan darah, kategori penderma darah, Bab 2: Fisiologi Darah, Bab 3: Penderma Darah dan penerima darah, Bab 4: Proses penderimaan darah, Bab 5: Proses selepas darah didermakan, Bab 6: Mitos sebelum dan selepas menderma darah dan Bab 7: Kaitan derma darah dan Prospek Islam.

Buku ini sangat memberi manfaat kerana pengetahuan yang diperolehi sangat membantu dan dijadikan rujukan oleh beliau. Pengulas menyatakan soalannya terjawab di dalam buku ini kerana persoalan tentang hukum menderma darah diyatakan dalam buku ini. Selain daripada itu, pengetahuan berkaitan darah iaitu jenis-jenis darah, isipadu darah yang didermakan serta mitos yang berkaitan dengan pendermaan darah, iaitu derma darah boleh menjadikan seseorang itu gemuk.

Fakta dalam buku mengatakan bahawa dengan menderma darah akan menjadikan badan semakin sihat di mana darah yang lama akan dikeluarkan dan sel darah baharu akan dihasilkan.  Maka badan akan menjadi semakin sihat. Oleh itu, pembaca akan lebih berpandangan positif untuk menderma darah tanpa memikirkan impak negatif yang bertentangan dengan fakta. Walaubagaimanapun, gaya penulisan yang berdasarkan fakta mudah difahami oleh semua lapisan pembaca.

Pengulas kedua iaitu Puan Amalina Binti Ramli, Jawatan : Pegawai Sains, Fakulti Sains mengulas buku berjudul “Inspirasi Sukur” oleh Mohd Sukur bin Ibrahim. Kisah hidup Tuan Sukur yang dikelilingi insan-insan positif sejak kecil. Kisah dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan taulan, rakan bisnes termasuk isteri tersayang. Setiap kisah disertakan dengan gambar berserta ‘caption’ yang menjadikan kisah ini mudah dihayati. Ibunya sangat terkejut dan sukar menerima keadaan anaknya yang lahir kurang sempurna. Datuk dan neneknya banyak membantu menjaga Sukur. Semasa umurnya 5 tahun, bapanya Sukur mendaftarnya ke dalam program-program pemulihan komuniti.

Di situ banyak aktiviti dan program untuk membantu kanak-kanak OKU belajar berdikari. Sukur merupakan alumni UKM dan membuatkan pengulas tertarik kerana pengulas juga alumni UKM. Pengalaman semasa Sukur belajar di UKM sangat mencabar dan memerlukan beliau berusaha sepuluh kali ganda daripada insan yang normal. Pengulas tertarik dengan pengalaman Sukur berjumpa dengan isterinya. Sukur sudah berkawan dengan isterinya dari zaman mereka belajar lagi dan bersama- sama membangunkan perniagaan sehingga berjaya.

Sekarang Sukur telah menjadi seorang usahawan berjaya. Beliau pernah menjadi usahawan MLM selama 2 tahun, membuka dobi yang bertahan 6 bulan sahaja dan menjadi rakan kongsi syarikat hiasan dalaman. Antara faktor utama kegagalan bisnes beliau sebelum ini adalah pengurusan kewangan yang lemah, perbelanjaan melebihi pendapatan, terikut-ikut dengan ‘luxury lifestyle’ dan cetek ilmu tentang keusahawanan.

Beliau mengambil pengajaran dari apa yang terjadi atas kegagalan sebelum ini. Beliau mulakan dengan modal yang minima, mengurangkan perbelanjaan semampu yang boleh, hidup di bawah paras kemampuan dan mula menjadikan menyimpan wang sebagai hobi dan motivasi diri. Walaupun beliau seorang oku tetapi beliau lebih berjaya daripada insan yang normal. Gaya penulisan buku adalah ringkas dan mudah untuk difahami setiap lapisan pembaca.

Share this :