Program Book Sharing Perpustakaan UTM Kuala Lumpur Siri 5/2021 telah diadakan pada 14 Julai 2021 menerusi platform Webex. Pengulas buku bagi siri kali ini ialah Puan Nurul Asyikin binti Mohd Anuar (Pembantu Perpustakaan Unit Katalog UTMKL) dan Cik Aimi Sofia binti Mohd Asri (pelajar latihan industri) manakala Cik Syakira Ilmi Binti Sa’adon (pelajar latihan industri) sebagai moderator program.

Puan Nurul Asyikin binti Mohd Anuar mengulas sebuah buku bertajuk Susun Atur 30 Hari

Perkongsian buku telah dimulakan oleh Puan Nurul Asyikin binti Mohd Anuar dengan buku yang bertajuk Susun Atur 30 Hari by Hani Mynis. Menurut penulis Hani Mynis, buku ini ditulis untuk membolehkan kita memiliki kehidupan yang teratur dalam pelbagai aspek kehidupan. 5 aspek yang ditekankan dalam buku ini adalah pengurusan pakaian, peti pertolongan cemas, pemeriksaan kesihatan, pengurusan kewangan dan kekemasan. Menurut beliau, setiap orang yang membaca buku ini mampu mengaplikasikan apa yang dihuraikan di dalam buku namun perlu memiliki budaya disiplin dalam diri.

Menurut pengulas, penetapan matlamat selalunya tidak dititik beratkan oleh sesetengah individu, akan tetapi tanpa matlamat sukar untuk seseorang itu meneruskan perjalanan hidup dan mengambil masa yang sangat panjang untuk sampai ke penghujungnya. Pengulas mengajak semua pendengar untuk turut membaca buku Susun Atur 30 Hari kerana terdapat pelbagai tips yang dikongsikan oleh penulis dengan bahasa yang sangat menarik dan mudah difahami serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Cik Aimi Sofia binti Mohd Asri mengulas sebuah buku bertajuk Secret Of Divine Love : A Spritual Journey Into The Heart Of Islam

Program diteruskan lagi dengan kupasan buku bersama Cik Aimi Sofia binti Mohd Asri dengan buku pilihannya yang berjudul Secret Of Divine Love : A Spritual Journey Into The Heart Of Islam yang ditulis oleh A. Helwa. Buku dengan ayat puitis ini mengisahkan rahsia perjalanan kerohanian mengenai Islam. Penceritaannya menggunakan puisi mistik kuno, kisah-kisah para nabi dan guru spiritual terbesar di dunia. Buku yang menggunakan pendekatan rasional yang mampu mengembalikan kita kepada kedamaian ilahi. Menurut penyampai, buku ini adalah buku yang harus dibaca oleh penggemar buku Islam kerana ia memberi inspirasi kepada setiap Muslimin dan Muslimat selain mempunyai puluhan kisah, puisi, ayat Al-quran dan hadis.

 

 

Share this :