Bersempena dengan bulan Kelestarian UTM, Green Office Perpustakaan UTM telah menganjurkan satu sesi k-sharing pada 12 Oktober 2021. Program ini diadakan secara atas talian menerusi Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dan Youtube UTM Library TV.

Panel jemputan ialah Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil bin Md Din, Pengarah, UTM Campus Sustainability manakala Puan Zafarina Binti Dol, Green Manager, Jabatan Perpustakaan UTM sebagai moderator.

Di awal sesi perkongsian, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil bin Md Din memberi pengenalan mengenai takrifan konsep kelestarian dan seterusnya penerangan tentang kepentingan SDGs (Sustainable Development Goals) iaitu satu garis panduan kepada 17 matlamat yang mengandungi 169 sasaran dan 247 petunjuk perancangan dan strategi sehingga tahun 2030.

 

Selain daripada itu, beliau turut menekankan bahawa kelestarian perlu difahami secara holistik merentasi etnik, negara, agama dan bangsa supaya lebih efektif dan dapat mencapai matlamat. Beliau juga berpendapat bahawa Perpustakaan UTM juga memain peranan secara langsung di dalam menyokong matlamat pembangunan lestari dengan merancang program yang bersesuaian dengan organisasi.

Sebagai penutup, beliau memohon agar semua warga universiti dapat bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan agenda kelestarian.

 

Share this :