Pada 9 November 2021 telah diadakan Bengkel Pengurusan Komunikasi & Perhubungan Pelanggan melibatkan semua staf perpustakaan di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pagoh yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Webex. Fasilitator ialah Prof Dr Nik Hasnaa binti Nik Mahmood dari Jabatan Sains, Pengurusan dan Reka Bentuk UTM Razak Fakulti Teknologi dan Informatik.

Terdapat lima topik utama yang disampaikan oleh Prof Dr Nik Hasnaa binti Nik Mahmood dalam bengkel ini iaitu kepentingan komunikasi, model/kaedah komunikasi, analisis gangguan komunikasi, keberkesanan komunikasi dan kepentingan komunikasi kepada pelanggan. Sebagai pengenalan, komunikasi secara ringkasnya adalah pertukaran fikiran, mesej dan maklumat melalui percakapan, isyarat dan juga tingkah laku. Komunikasi terbahagi kepada empat tahap iaitu intra peribadi, antara peribadi, kumpulan dan organisasi.

Beberapa aktiviti  turut dirangka supaya peserta kekal fokus disamping dapat mengukuhkan kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan.  Antaranya ialah peserta dikehendaki menyenaraikan maklumat ringkas kenalan rapat di perpustakaan untuk mengetahui sejauh mana maklumat yang diterima dan diberi sepanjang komunikasi dijalankan antara dua pihak, Eysenck Personality Test dan teka gambar.

Turut dikongsikan di dalam bengkel ini ialah cara-cara untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan perpustakaan seperti menyediakan persekitaran yang kondusif, mendengar, memahami, menghormati, memberi maklumat yang terkini dan tepat serta sentiasa menepati masa dan sentiasa responsif terhadap pelanggan. Semoga para peserta bengkel dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan serta mempraktikkannya dalam tugas harian di pejabat kerana kejayaan sesebuah organisasi adalah bermula dari komunikasi yang baik dalam kalangan staf.

 

 

 

Share this :