Kursus Pengenalan Kepada Harta Intelek: Paten dan Hak Cipta  telah diadakan pada 18 Mei 2022 secara dalam talian bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Panel jemputan ialah Cik Nur Diyana Mohd Ruzmi, Pegawai Penyelidik dari Pusat Pengkomersilan dan Inovasi UTM Johor Bahru.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua Pustakawan berkaitan harta intelek, paten dan hak cipta. Panel telah menerangkan pengenalan, fungsi, penggunaan dan lain-lain lagi. Kursus ini telah dihadiri oleh semua Pustakawan UTM secara atas talian dari UTM Johor Bahru, UTM Pagoh dan UTM Kuala Lumpur.

Semoga kursus ini dapat memberikan panduan dan rujukan yang berguna kepada pustakawan dalam menjalankan kerja harian di pejabat mahupun untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan paten dan hak cipta.

Share this :