Program RADIS Clinic Webinar : Publication Module ini adalah bersempena dengan UTM Library Research Weeks 2022 yang dirancanakan khas untuk pensyarah UTM. Program yang berlangsung bermula jam 11:00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini telah disampaikan oleh Puan Norsyuhada dan dibantu oleh Puan Nor Aishah P Mosar melalui aplikasi Webex.

Puan Norsyuhada memulakan perkongsian dengan memberi makluman umum tentang Proses Flow – Verification for ELPPT 2022. Terdapat empat (4) Status penerbitan di RADIS 4.0 yang akan diberikan oleh Jabatan Perpustakaan UTM setelah semakan penerbitan dilakukan :

  • Verified – Penerbitan yang didaftarkan mempunyai butiran lengkap dan tepat
  • Not Verified – Penerbitan tersebut mempunyai rekod duplikasi atau tidak memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan oleh universiti
  • Amendment – Butiran penerbitan seperti lampiran dan senarai pengarang tidak lengkap
  • Verified (Waiting for Indexing) – Rekod penerbitan telah wujud di WOS/Scopus tetapi masih belum diindeks dengan sempurna (masih tiada volume, issue, publication year)

Seterusnya, Puan Norsyuhada turut berkongsi Guidline for Publication Registration seperti berikut untuk makluman semua peserta Clinic RADIS ;

  • https://radis.utm.my
  • User Manual – Publication Registration
  • Guideline : Author list in RADIS
  • Technical problems in RADIS : https://researchsupport.utm.my/

Berkaitan Guideline : Author List in RADIS, Puan Norsyuhada memberi penekanan terhadap peranan pengarang sebagai UTM First Author dan Corresponding Author. Menurut beliau, dua (2) peranan ini sangat penting untuk incentive claim. Oleh itu, sekiranya corresponding author bukanlah dari kalangan Staf Akademik UTM, maka peranan UTM First Author akan wujud dalam kalangan Staf Akademik UTM yang pertama dijumpai dalam senarai pengarang. Untuk makluman, Corresponding Author adalah orang yang akan dirujuk oleh sesuatu pihak sekiranya hasil penulisan tersebut perlu di rujuk untuk penyelidikan seterusnya atau terdapat sebarang perkara berbangkit berkaitan penulisan tersebut.

Selain itu, Puan Norsyuhada turut berkongsi secara praktikal cara-cara penggunaan RADIS ketika Clinic RADIS tersebut supaya para pensyarah mendapat gambaran sebenar proses semakan dan pengesahan di RADIS. Beliau turut berkongsi cara-cara mendapatkan bukti penerbitan berindeks di WOS dan impact factor bagi sesuatu artikel.

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa soalan yang dilontarkan oleh pensyarah. Antara soalan-soalan yang dimajukan oleh para pensyarah adalah seperti berikut ;

1. Boleh pastikan siapa yang perlu dihubungi berkaitan penerbitan buku ?

Jawapan : Untuk semakan book chapter/buku, boleh hubungi Puan Zalina Pareng (zalina-p@utm.my) atau Encik Mohd Hafifi (mohdhafifi@utm.my) daripada Penerbit UTM.

2. Jika ada penerbitan masih berstatus “draft” bagi “migration data from e-LPPT”, siapa yang patut dihubungi ?

Jawapan : Penerbitan berstatus draft tidak akan disemak memandangkan ia masih dalam tindakan penyelidik. Mohon emailkan kepada Puan Norsyuhada Shafie untuk tindakan lanjut.

3. Jika artikel adalah ISI indexed, adakah masih dikategorikan sebagai scopus juga ?

Jawapan : semakan (berdasarkan article title/journal title perlu dilakukan di Scopus. Sekiranya ia wujud di Scopus, bermaksud article tersebut di indeks di Scopus

4. Bagi article dalam jurnal yang masih ESCI, kita tidak boleh daftarkan sebagai ISI indexed. Adakah betul begitu ?

Jawapan : Semakan perlu di lakukan di Scopus dan Web Of Science. Sekiranya wujud di Scopus atau WOS, bermaksud artikel itu adalah artikel terindeks.

5. Bagi Article in Mass Media (Others Publication) yang tiada ISSN, adakah masih diterima ?

Jawapan : Ya, masih diterima. Pada bahagian ISSN tersebut, perlu diisi dengan 0 atau NA kerana medan tersebut wajib diisi

6. Sekiranya month of publication adalah Dec 2022, adakah JIF yang dirujuk adalah IF 2021 atau 2022 ?

Jawapan : Sekiranya penerbitan diterbitkan di WOS pada :

  • Julai 2021 – Jun 2022 à Quartile 2020
  • Julai 2022 – Jun 2023 à Quartile 2021

*Impact Factor ini adalah berdasarkan penetapan daripada UTM dan MyRA

Secara kesimpulannya, Program RADIS Clinic Webinar : Publication Module ini telah berjalan dengan lancar. Kerjasama dan sambutan yang diberikan oleh para penyelidik amat memuaskan dan dapat membuktikan bahawa program ini sangat memenuhi keperluan para penyelidik bagi merungkai kemushkilan dan kekeliruan yang bersarang dalam minda masing-masing selama ini.

Share this :