Program Read & Relax Siri 13 telah diadakan pada 25 Ogos 2022 (Khamis) jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di Starbucks R&R Skudai (Southbound). Sinergi Perpustakaan UTM, Starbucks dan UTM Toastmasters telah berjaya menampilkan dua orang panel pengulas yang amat berwibawa iaitu Ybhg Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, dan ahli panel pengulas yang kedua ialah Dr. Muhammad Abd. Hadi Bunyamin selaku Penyelidik Eksekutif di pejabat Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia. Moderator program Read & Relax pada kali ini adalah Pn. Syaza Soraya Sauli dari UTM Toastmasters Club, Universiti Teknologi Malaysia.

Ybhg Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail telah memilih Buku “The Orange Revolution How One Great Team Can Transform An Entire Organization” yang telah dipilih oleh Naib Canselor UTM ini mengandungi 288 muka surat di mana buku ini dimiliki oleh beliau ketika beliau diamanahkan untuk menjadi salah seorang pentadbir universiti tidak lama dahulu. Menurut beliau, buku ini sedikit sebanyak membantu beliau dalam mencari idea untuk mengetengahkan sesuatu yang baharu, terutama perkara yang melibatkan transformasi jabatan.

Isi kandungan buku ini juga banyak memberi input ilmu yang sangat membantu beliau dalam menerajui Universiti. Hal Ini kerana diantara buku-buku yang pernah beliau uliti, data atau maklumat yang dipersembahkan di dalam buku ini adalah berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh penulisnya kepada lebih 350 000 responden. Buku ini sedikit sebanyak membantu beliau dalam mewujudkan sebuah kumpulan yang bagus dan bagaimana kumpulan ini boleh mengubah Universiti.

Bab kandungan yang menjadi tumpuan pembacaan Datuk Naib Canselor UTM di dalam buku ini adalah bab 9, dimana bab tersebut membawa tajuk ‘Create a Revolution Corporate Culture‘. Bab ini menerangkan bagaimana kita menganggap bahawa sesebuah syarikat, Institusi ataupun Universiti itu adalah “It’s a Thing”. Sebagai contoh yang diterangkan oleh Prof Dr. adalah beliau beranggapan bahawa Dekan-dekan fakulti sebagai Ketua besar  dimana ia seharusnya membina satu kumpulan yang kuat. Kumpulan yang kuat ini seharusnya berupaya untuk merevolusikan apa sahaja corak budaya kerja yang dianggap lapuk dan memerlukan perubahan drastik mahupun radikal, sesuai dengan keadaan semasa. Kerana hanya dengan berani berubah, barulah sesuatu institusi itu boleh maju ke hadapan menongkah arus pemodenan.

When You Mention It, Just Do it! Walk the Talk” ini merupakan satu ungkapan yang dikongsikan oleh Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi dan ia merupakan satu ungkapan yang sangat membina. Ia dapat ditafsirkan dengan apabila kita bercakap mengenai sesuatu perkara kita seharusnya berupaya untuk terus melakukannya, tidak hanya sekadar bercakap sahaja tanpa ada sebarang tindakan yang akan dilakukan. Ini bagi untuk mengelakan ketidak kepercayaan terhadap sesebuah syarikat mahupun Institusi.

Beliau berpendapat buku ini adalah salah satu daripada buku yang beliau sangat gemari dan terbaik bagi beliau. Manakala beliau juga turut memberi pendapat  antara penambahbaikan terhadap buku ini adalah dari segi tinjauan itu sendiri iaitu dengan melibatkan warga akademik. Ini kerana warga akademik ini berlatar belakangkan dari pelbagai bidang dan kursus-kursus yang berbeza-beza dan mereka mempunyai pelbagai pandangan dan ‘mindset’ yang berbeza.

Buku seterusnya yang telah dipilih oleh Dr. Muhammad Abd. Hadi Bunyamin adalah Emotional And Spiritual Quotient yang mengandungi sebanyak 305 halaman bercetak. Isi kandungan buku ini menerangkan berkaitan  tentang kesedaran umum. Sebagai contoh, perkara yang membuatkan beliau tersedar bahawa setiap perkara yang kita menganggap sebagai sesuatu yang kecil akan tetapi di mata orang lain ia adalah sesuatu yang amat besar.

Menurut pengulas, beliau berpendapat bahawa terdapat penerangan di dalam buku yang merujuk kepada perspektif Islam itu sendiri, di mana beliau tidak melihat ia sebagai seusatu yang sukar diterima kerana sebagai seorang Muslim, beliau tidak begitu bermasalah untuk menerima kaedah penerangan di dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga merangkumi aspek yang begitu memberikan kesan tentang bagaimana beliau harus memberikan nilai ataupun value kepada amalan-amalan yang mungkin selama ini beliau melihat sebagai sesuatu perkara yang kecil contohnya seperti memberi salam, senyum, berterima kasih ataupun dari segi pemberian akan tetapi ia adalah sesuatu yang besar sebenarnya.

Beliau bersetuju terhadap konsep kebijaksanaan yang terdapat dalam buku ini, di mana konsep kebijaksanaan itu dianggap sebagai keupayaan melihat maklumat daripada pelbagai pandangan ataupun dari pelbagai sudut. Keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu informasi dari pelbagai sudut dapat membuka jalan pemikiran atau penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan.

 

Share this :