Program ini telah diadakan pada 11 Oktober 2022 secara dalam talian melalui medium webex mulai jam 3.00 – 4.00 petang. Panel Penceramah bagi Siri Bicara Pengurusan ini ialah En Mohd Fuad Mohamed Yusof, Ketua Seksyen Koleksi Khas & Repositori dan Seksyen Galeri, Bahagian Ilmu Pengetahuan Institusi, Jabatan Perpustakaan UTM. Objektif utama perkongsian ini adalah untuk membincangkan fungsi dan skop tugas di bawah Seksyen Koleksi Khas & Repositori dan Seksyen Galeri. Antara unit yang terdapat di Seksyen Koleksi Khas & Repositori terdiri daripada Unit Pembangunan Koleksi Khas, Pengurusan Koleksi Khas dan Unit Repositori & Dokumen Digital, manakala Seksyen Galeri terdiri daripada Unit Pembangunan Galeri, Unit Penyelidikan Galeri dan Unit Konservasi Galeri.

Seksyen Koleksi Khas & Repositori  (SKR) bertanggungjawab untuk pembangunan, pengurusan dan pengkatalogan koleksi khas seperti buku, Makalah, Projek, Sarjana dan PhD, Lukisan Teknik, Terbitan Khas, Cakera Padat Koleksi Khas, fotograf, poster, UTM Institutional Repository (IR), Koleksi Media UTM dan Koleksi Galeri (artifak UTM).  Selain itu, SKR bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan Institutional Reposiroty (IR), Dokumen Digital,  (DMS) dan data penyelidikan universiti, Pengurusan akses koleksi khas dan kandungan digital UTM serta pemeliharaan bahan koleksi khas dan kandungan  digital UTM.

Seksyen Galeri bertanggungjawab untuk pembangunan pengurusan dan pemantauan galeri perpustakaan dan UTM, pengkatalogan dan penyelidikan koleksi galeri dan artifak khazanah UTM, pengurusan penyebaran pengembangan ilmu melalui aktiviti pameran, program pendidikan dan seranta serta pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi galeri dan warisan khazanah UTM.

Antara isu dan cabaran kepada pengurusan di seksyen ini ialah dari segi sumber ruang (persekitaran), sumber manusia dan peralatan. Halatuju bagi kedua-dua seksyen ini adalah meluaskan skop penerbitan di portal & sistem UTM, memantapkan sinergi antara PTJ di UTM, memudahkan akses seperti perkongsian warisan Share@IK dan menjadi sumber ilmu pengetahuan terulung. Bagi menyokong enVision 2022-2025 Perpustakaan UTM, Bahagian Ilmu Pengetahuan Institusi ditugaskan untuk mengelola pengurusan koleksi khazanah warisan berharga universiti untuk menjadi “A Distinguished UTM Institutional Knowledge”

Share this :