Taklimat Panduan Cuti Dalam Perkhidmatan ini telah diadakan pada 12 Disember 2022 secara atas talian melalui medium Webex, dari jam 3.00 – 4.00 petang. Penceramah bagi sesi taklimat ini adalah Penolong Pendaftar Kanan, Puan Masnizah binti Osman dari Jabatan Perpustakaan UTM.

Panduan Cuti Dalam Perkhidmatan ini diadakan susulan daripada permintaan staf untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan peraturan cuti dan kehadiran ke pejabat. Setiap kategori cuti yang dibenarkan ke atas staf diperincikan dengan jelas oleh panel bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai fungsi dan tatacara permohonannya.

Hal ini kerana setiap cuti mempunyai kesan yang berbeza kepada perkhidmatan staf di mana kesilapan dalam memahami terma cuti tersebut akan mengakibatkan staf tersalah mohon dan hal ini akan menyukarkan unit pengurusan sumber manusia untuk memprosesnya.

Selain itu, penceramah juga menerangkan tentang beberapa kesilapan permohonan cuti oleh staf yang sering berlaku dan perkara ini perlu diberi perhatian agar kesilapan yang sama tidak berulang semula.

Taklimat ini juga membuka ruang kepada semua staf untuk bersoal jawab bagi menjawab persoalan yang masih kurang jelas dalam kalangan staf. Staf Jabatan Perpustakaan UTM telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang taklimat dan kehadiran juga amat memuaskan dan taklimat ini telah berakhir pada jam 4.00 petang.

Share this :