Majlis Tautan Ukhuwah Staf Jabatan Perpustakaan bagi tahun 2023 telah diadakan pada 22 Mei 2023 bersempena dengan hari raya Aidilfitri dan juga untuk meraikan staf Jabatan Perpustakaan UTM yang akan akan menunaikan ibadah haji. Majlis telah diadakan di Ruang Lobi, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Acara ini dimulai dengan alu-aluan dari pengacara majlis, Pn. Siti Anniza Aznan kepada staf yang hadir, diikuti dengan bacaan doa pembukaan majlis oleh Encik Salihuddin Bakhri.

Aturcara majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pustakawan, Pn. Nor Asikin Mohamad.

Selanjutnya, majlis diteruskan dengan bacaan doa khusus untuk para staf yang akan berangkat menunaikan ibadah haji tahun 2023, yang dibacakan oleh Saudara Akmal Alif bin Amran. Beberapa nama staf yang akan berangkat haji yang diraikan dalam acara ini ialah:

  1. Dr. Nazrinda binti A. Samah
  2. Cik Hamizah binti Sumin
  3. Puan Sapiah binti Abd Rahiman

Setelah selesai bacaan doa selamat kepada bakal haji, majlis diteruskan lagi dengan acara marhaban yang dipimpin oleh Saudara Akmal Alif bin Amran dan Saudara Salihuddin bin Bakhri. Acara kemudian diakhiri dengan jamuan makanan di ruang Courtyard.

Pihak Jabatan Perpustakaan UTM mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada staf yang bakal berangkat ke tanah suci dan diharapkan agar mereka memperoleh haji yang mabrur.

Share this :