23 Mei 2024, Khamis – Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PUTMKL) telah menerima kunjungan lawatan mahasiswa dari Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Syiah Kuala Acheh, Indonesia. Seramai 10 orang mahasiswa telah menyertai lawatan ini. Puan Sarasyima Md Salleh selaku Pustakawan Perkhidmatan yang bertugas telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan Perpustakaan UTM kepada para pelawat.

Seterusnya, beliau bersama-sama dengan Encik Mohd Rizal Man, Penolong Pegawai Pustakawan, telah mengiringi para pelawat ke ruang-ruang eksklusif perpustakaan seperti bilik karel, bilik perbincangan, ruang interaktif dan sebagainya. Puan Nik Masriza Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, PSZKL telah berbesar hati menyerahkan cenderahati berupa sebuah buku bertajuk buku Sedekad Transformasi UTM Kuala Lumpur (2010 -2020) kepada wakil Universitas Syiah Kuala Acheh, Indonesia sebagai tanda kenang-kenangan.

Semoga segala input yang disampaikan oleh pustakawan dan petugas sepanjang lawatan kali ini dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berharga kepada para pelawat sekaligus memberi galakan kepada para pelawat untuk menghargai peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan ilmu pengetahuan, khususnya di universiti mereka dan dapat menggunakan segala kemudahan yang ada dalam menyiapkan tugasan mahupun projek khusus yang bakal mereka laksanakan.

 

Share this :