Program Kesejahteraan Staf: Wellness Walkabouts Siri 1/2024 telah diadakan pada 31 Mei 2024 (Jumaat). Program ini adalah kesinambungan program kesejahteraan staf yang telah diadakan pada tahun 2023. Siri pertama untuk tahun ini, program ini telah dijalankan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seramai lima (5) orang staf telah hadir ke program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Program yang berkonsepkan riadah santai serta cinta terhadap alam sekitar ini diisi dengan aktiviti fizikal yang menarik. Antaranya ialah senamrobik yang telah dipimpin oleh staf Jabatan Perpustakaan UTMKL iaitu Encik Muhammad Khairuddin Zainon. Senamrobik dengan intensiti sederhana yang telah dijalankan dapat diikuti oleh staf dengan baik sekaligus dapat memberikan kesegaran fizikal kepada tubuh badan. Seterusnya, aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) atau lebih sinonim plogging  telah dijalankan di persekitaran Tasik Titiwangsa.

Tidak ketinggalan turut diadakan sesi BookTalk@Library untuk siri ke-15 dengan menampilkan dua (2) orang staf iaitu Puan Norzilah Abd Aziz dan Puan Aznurul Ain Abdul Shukor. Puan Norzilah Abd Aziz telah memilih buku bertajuk Apa Khabar Depresi? yang ditulis oleh Dr. Sakinah Salleh. Manakala Puan Aznurul Ain Abdul Shukor telah memilih buku bertajuk Kuasai IQ Wang Orang Kaya yang ditulis oleh Wan Roslan Wan Salleh. Sesi ini dijalankan secara santai dengan masing-masing menceritakan tentang isi kandungan buku yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.


Program yang tamat pada jam 12 tengah hari ini berhasil memberikan impak yang positif dari segi kesejahteraan staf di mana staf dapat meredakan seketika tekanan yang dihadapi di tempat kerja dengan berkunjung ke lokasi yang dapat memberikan ketenangan dan juga meningkatkan kondisi kesihatan badan melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang telah dijalankan.

 

 

Share this :