21 Jun 2024, Jumaat – Perpustakaan Sultanah Zanariah UTMKL (PSZKL) telah menganjurkan Bengkel NVIVO yang diadakan secara atas talian (webex) sinergi bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Seramai 54 orang staf dan pelajar telah menyertai bengkel ini. Program ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Bengkel NVIVO ini telah dikendalikan oleh PM Dr. Kamarul Azmi bin Jasmi, Pensyarah Kanan dari Akademik Tamadun Islam, FSSK.
Penerangan dari penceramah mengenai penggunaan aplikasi NVIVO bagi menganalisis data kualitatif untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran mendapat reaksi serta maklumbalas positif kerana kaedah penerangan yang mendalam serta mudah difahami di samping contoh-contoh yang diberikan mudah untuk diikuti.
Sesi bengkel ini diakhiri dengan sesi Q&A di antara peserta dan penceramah. Kesimpulannya, inisiatif penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk membantu pensyarah UTM dalam penyelidikan dan pengumpulan serta analisis data kualitatif mereka. Semoga bengkel yang diadakan ini dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa dan pensyarah UTM sekaligus dapat memudahkan para peserta untuk mengaplikasikan perisian ini dalam kerja-kerja penyelidikan mereka.