Pada 14 November 2024 (Khamis), Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PSZKL) telah menerima kunjungan lawatan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) & Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan tujuan untuk penilaian Akreditasi Penuh Program Sarjana Muda Harta Tanah dengan Kepujian Pengajian Separuh Masa Kuala Lumpur.
Puan Nurrull Huda Abdul Wahid yang mewakili PSZKL dalam mengendalikan lawatan tersebut telah menyampaikan maklumat dan penerangan berkenaan sumber, capaian kepada koleksi dan kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada pelajar dan juga penyelidik. Proses audit ini turut dibantu oleh staf perpustakaan bagi sumber bacaan fizikal.
Panel penilai audit yang terlibat dengan lawatan penilaian ini adalah seperti berikut:
1. Dr. Sr. Norbaya binti Ab. Rahim (Pengerusi)
2. Sr. Tan Say Keat (Ahli Panel)
3. Pn. Adlina Musfirah binti Mohamed Som (Pegawai MQA)
Secara keseluruhannya, proses lawatan audit ke PSZKL berjalan dengan lancar dan menepati keperluan delegasi lawatan.