Sesi Read & Relax Siri 7/2022 anjuran Jabatan Perpustakaan UTM  dengan kerjasama UTM Toastmasters Club telah diadakan pada 2 Jun 2022  secara dalam talian melalui Facebook Perpustakaan UTM serta Youtube UTM Library TV. Panel jemputan terdiri daripada Puan Nur Fazlina binti Fadzil, PTD Toastmasters Club, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Puan Yasotha a/p Arumugam, GP Toastmasters Club, Communications Trainer. Manakala moderator ialah Puan Syaza Soraya binti Sauli, UTM Toastmasters Club, pelajar PhD dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM Johor Bahru.

Puan Nur Fazlina binti Fadzil mengulas sebuah buku bertajuk “Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup”

Puan Nur Fazlina binti Fadzil telah berkongsi sebuah buku bertajuk “Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup“. Buku ini diperolehi hasil daripada membaca ulasan rakan sekerja beliau yang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam. Buku ini mempunyai 20 bab pendek dan mengandungi topik tentang pembentukan, pemerolehan dan pembinaan idea baru yang hebat, berlatih berfikiran proaktif dan terarah, meletakkan idea pada tempatnya dan bijak memilih kompas berfikir menurut tuntutan keadaan. Menurut pengulas buku ini mampu memberi refleksi dan mendorong pembaca untuk berfikir secara kritis berdasarkan panduan yang diberikan dengan mengolah idea yang diperolehi untuk kekal relevan di masa hadapan.

Seterusnya, Puan Yasotha a/p Arumugam telah berkongsi buku bertajuk “Flowers for Algernon”. Buku ini mengisah hidup insan bernama Charlie Gordon, seorang lelaki yang berumur 32 tahun dengan tahap IQ yang rendah. Namun begitu, IQ beliau meningkat selepas pembedahan dan buku ini menceritakan suka duka perjalanan hidup Charlie selepas pembedahan tersebut.

Puan Yasotha a/p Arumugam mengulas sebuah buku bertajuk “Flowers for Algernon”

Akhir sekali, kedua-dua pengulas bersetuju bahawa terdapat dua elemen penting dalam kehidupan iaitu refleksi dan tindakan bagi mengharungi laluan perjalanan yang dipilih dan sentiasa istiqamah untuk berjaya. Selain itu pemilihan makanan minda iaitu bahan bacaan akan reflek kepada cara berfikir dan akan diterjemahkan melalui komunikasi.

 

 

 

Share this :