Kursus Prosedur Pengurusan Perolehan dan Pengurusan Aset Universiti telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Webex pada 14 April 2022 (Khamis) jam 9.00 pagi. Panel bagi kursus ini ialah Puan Nazatul Hidayah binti Yusof dan Puan Nur Syahira Zawawi daripada Jabatan Bendahari UTM.

Panel telah memberi penerangan berkaitan pengurusan Perolehan dan Aset di UTM dan perkara yang perlu diberi perhatian semasa pengurusan perolehan.

Semua Pustakawan Perpustakaan UTM UTM Johor Bahru, Hub Pagoh dan UTM Kuala Lumpur diminta untuk hadir sebagai peserta kursus ini bagi menambahkan pengetahuan berkaitan pengurusan perolehan agar tugasan berkaitan perolehan dapat berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Share this :