Kursus Kemahiran Asas Metodologi Penyelidikan telah diadakan pada 18 April 2022 (Isnin) jam 2.00 petang. Kursus ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Webex. Fasilitator ialah Puan Syahranah Ahmad Raqi, Ketua Seksyen Pengurusan Koleksik, Perpustakaan UTM. Peserta kursus terdiri daripada pustakawan dari Perpustakaan Johor Bahru, Pagoh dan Kuala Lumpur.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi maklumat terkini berkaitan dengan keperluan  mahasiswa untuk mencari maklumat di pangkalan data atas talian menggunakan teknik yang tepat dan mengenalpasti publisher bagi menerbitkan artikel jurnal.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan kemahiran para pustakawan dan melicinkan proses penyampaian maklumat di dalam Bengkel Metodologi Penyelidikan yang disediakan oleh perpustakaan kepada penggunanya.

Share this :