Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Jabatan Perpustakaan UTMKL telah mengambil inisiatif untuk memantapkan pengurusan dan kawalan risiko di peringkat jabatan dengan menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) pada 18 Disember 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan UTMKL.
Bengkel yang berlangsung pada jam 9 pagi hingga 4 petang telah disertai oleh 11 orang ahli Jawatankuasa KKP dan juga Organisasi Keselamatan dan Kebakaran (OKK). Fasilitator bagi sesi ini adalah Puan Sharifah Radhiah Syed Azman yang juga merupakan Wakil Majikan bagi Jawatankuasa KKP Perpustakaan UTMKL.
Peserta telah diberi taklimat pengenalan berkenaan HIRARC sebelum menjalankan aktiviti berkumpulan. Selesai taklimat, peserta dibahagikan kepada dua (2) kumpulan mengikut proses kerja yang berlainan bagi mengenal pasti bahaya dan risiko. Seterusnya, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil dapatan dan melengkapkan borang HIRARC bagi setiap proses aktiviti.
Bengkel ini telah memberikan pengetahuan kepada staf dalam mengenalpasti, menilai, mengukur dan mengawal sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi dimana boleh mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan alam sekitar atau gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut. Bengkel yang diadakan telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.
Share this :