Mencipta sedikit kelainan pada tahun 2020 bagi menyuntik semangat para pustakawan dalam memberi khidmat pada tahap maksima berdasarkan pelan halatuju dan perancangan Perpustakaan UTM. Persidangan Pustakawan UTM 2020 telah berlangsung pada 14 hingga 16 Januari bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan UTM, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru melibatkan Ketua Pustakawan, Timbalan Pustakawan, Timbalan Penolong Pendaftar, Pustakawan dan Pegawai IT.

Susunan jadual aturcara yang diatur oleh pihak urusetia persidangan dimulakan dengan kata alu-aluan Pn Noraziah Sharuddin, Ketua Pustakawan merangkumi Halatuju Perpustakaan UTM 2020 dan perkongsian pengalaman di International Conference on Digital Technology and Transformation in Academic Libraries (DigiTTAL-2019). Seterusnya Pn Norasikin Mohamad, Timbalan Pustakawan (Pembangunan & Perancangan) membentangkan pencapaian KAI 2019, KAI UTMBSC 2020, peruntukan kewangan 2020 dan carta organisasi Jabatan Perpustakaan UTM 2020.

Pengisian aturcara persidangan lebih menarik apabila diselitkan dengan forum hala tuju dan perancangan perpustakaan yang dibarisi panel hebat iaitu, Cik Haslina Othman, Timbalan Ketua Pustakawan (K Galerium), Pn Nik Masriza Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan (PSZ KL), Pn Khairulbahiyah Yaakub, Ketua Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan dan En Md Razib Karno, Ketua Seksyen Automasi. Kesemua panel memberi pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman serta pengetahuan dalam bidang tugas masing dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan. Tidak ketinggalan forum ini telah dijayakan oleh Dr Nazrinda A. Samah selaku moderator.

Persidangan hari pertama ini disambung tepat jam 2.10 petang dengan taklimat pelaksanaan perancangan strategik 2020 oleh Pn Norasikin Mohamad, Timbalan Pustakawan (Pembangunan dan Perancangan) diikuti dengan ceramah perancangan strategik & halatuju UTM 2020 oleh YBrs. Prof. Dr. Shahrin Mohammad, Pro-Naib Canselor (Strategi) UTM.

Peserta persidangan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan pada hari kedua persidangan dan taklimat kumpulan diadakan bagi menyampaikan maklumat ke atas tugas yang perlu diselesaikan. Pengagihan kumpulan diberikan mengikut seksyen bagi memudahkan perbincangan dan dapat membuat keputusan yang lebih efisien dan efektif dalam merangka aktiviti selari dengan keperluan universiti dan jabatan. Setiap kumpulan juga diberikan lokasi yang berbeza untuk memberikan keselesaan disamping kemudahan ICT yang lengkap.

Manakala pada hari ketiga adalah pembentangan kumpulan selama 30 minit bagi setiap kumpulan yang dimulakan dengan tiga kumpulan pertama iaitu perkhidmatan, sumber manusia, penjanaan & ruang dan teknologi ICT. Proses pembentangan kumpulan berhenti rehat dan bersambung pada jam 10.30 pagi. Seterusnya tiga kumpulan terakhir adalah koleksi, galeri & Multimedia, Perolehan & Katalog dan Perkhidmatan & Teknikal, PSZKL Di akhir persidangan pustakawan UTM, Pn Noraziah Sharuddin, Ketua Pustakawan menekankan kepada semua untuk saling berkerjasama dan fokus kepada tanggungjawab yang diberikan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UTM.

Disediakan oleh Pn Liza Porijo

 

Share this :