Pandemik COVID-19 tidak melunturkan usaha Perpustakaan UTM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Bagi menyokong kepada keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan, program pendidikan pengguna diteruskan melalui kaedah atas talian. Sepanjang bulan Disember 2020, 3 (tiga) Bengkel Kaedah Penyelidikan telah dijalankan iaitu pada 6, 13 dan 17 Disember 2020. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 135 orang. Bengkel ini dikendalikan oleh sepenuhnya oleh Pustakawan bagi meningkatkan kemahiran pencarian maklumat yang tepat dan cepat untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan penyelidikan.
Perpustakaan UTM juga turut membawakan rakan penerbit antarabangsa untuk memberikan latihan penggunaan pangkalan data langganan dari semasa ke semasa, Justeru, sesi bersama ProQuest Dissertations and Theses Global telah dijalankan pada 28 Disember 2020 (Isnin) pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang oleh Puan Kurinji Malar, Proquest Customer Experience Training & Consulting Partner, South East Asia menerusi aplikasi webex. Seramai 42 orang peserta telah mengikuti sesi ini. Webinar yang mengambil masa selama satu jam setengah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada tips penggunaan serta pencarian tesis atas talian terbitan Proquest. Semoga webinar ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna dalam penyediaan kajian penyelidikan yang sedang dijalankan.