Bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar dan staf UTM, pihak Perpustakaan UTM mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya ini dengan menganjurkan sesi bersama penulis tentang sebuah karya penulisan dari pelajar UTM sendiri.

‘Tuhan, Beri Aku Sehari Lagi’ merupakan sebuah catatan kembara di Amerika oleh seorang anak muda yang mengekspresikan pengalamannya melalui penulisan kreatif iaitu saudara Ahmad Zubir yang merupakan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan, UTM.

Usahanya yang tidak putus asa demi menghasilkan karya untuk dikongsikan bersama pembaca wajar dicontohi sesuai dengan tajuk yang diberi, ‘Tuhan, Beri Aku Sehari Lagi Agar Aku Dapat Bacakan Catatan Ini’. Semoga semangat beliau dapat diterapkan kepada generasi muda yang lain agar dapat berbakti kepada masyarakat walaupun dengan cara tersendiri.

    

Share this :