Pada 15 April 2019, Perpustakaan UTM telah menerima kehadiran pelajar-pelajar dari SMK Canossa Convent Melaka yang merupakan pengawas pusat sumber di sekolah berkenaan. Seramai 42 orang pelajar terlibat dalam sesi lawatan ini yang merupakan pelajar tingkatan 1 hingga 5. Sesi telah bermula pada jam 10.30 pagi dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pn. Norashikin Johari dan kemudian dibantu oleh Pn. Siti Marlia Abd Rahim dan Cik Shaliza Yusos.

Objektif utama lawatan ini  adalah untuk menimba ilmu pengetahuan dan mendedahkan pelajar tentang pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah. Selain itu, lawatan dapat memberikan satu pengalaman baru selain membentuk tingkah laku dan sikap pelajar untuk lebih berdaya saing.

Peserta lawatan telah diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM kepada para penggunanya. Selain itu, para peserta juga diberi taklimat ringkas tentang pencarian bahan menggunakan sistem dan pencarian bahan di rak. Pelajar-pelajar ini turut teruja merasai persekitaran pembelajaran yang melibatkan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.

Para peserta juga dibawa ke Bahagian Galerium untuk meninjau serba sedikit tentang sejarah UTM. Sesi berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh Norashikin Johari.

Share this :