Pada 15 hingga 19 September 2019, telah berlangsung program ‘Weeks of Welcome’ bertempat di ruang Lestari Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor Bahru. ‘Weeks of Welcome’ dilaksanakan bagi tujuan mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu, sekaligus mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan melalui aktiviti yang dilaksanakan.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan sempena ‘Weeks of Welcome’ antaranya kuiz atas talian kahoot! yang bersifat interaktif dan diminati pelajar. Hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga turut disediakan kepada peserta yang mendapat markah tertinggi hasil daripada ketepatan dan kepantasan masa menjawab soalan. Ia sekaligus membolehkan peserta mengenali perpustakaan menerusi soalan kuiz yang disediakan.

Selain itu, diadakan juga kuiz yang bersifat menguji minda seperti teka berat buku, teka jumlah button badge di dalam balang, membina seberapa banyak perkataan yang boleh dari perkataan Inter Library Loan, dan susunan buku terpantas berdasarkan nombor panggilan  pada buku di atas troli yang disediakan.

Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada pelajar.

Disediakan oleh Puan Nor Aishah P. Mosar

Share this :